Mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Umumnya digunakan dalam navigasi, kompas dan peta. Pusat mata angin terdapat 8 arah dengan urutan mengikuti arah jarum jam. Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama. Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat menentukan arah putaran Bumi.